penaja bersama~

Rabu, 26 Ogos 2009

Puasa


Allah swt berfirman dalam kitab-Nya:

ياأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

WAHAI MANUSIA-MANUSIA YANG BERIMAN !!!

Assalammualaikum semua syukur pada Allah dengan kerahmatanNYA dapat kita berkongsi dalam alam maya ini lagi, mudah-mudah hari ini memberi kita satu kesedaran betapa hebatnya Yang Maha Kuasa dan hati yang sentiasa bersama denganNYA. Jadikan hati ini hati yang hidup yang merupakan tempat pandangan Allah di bumi ini dan tempat terpancarnya cahaya Allah.

“ Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu tetapi Allah melihat kepada hati kamu.”

Firman Allah dalam surah Al Syu’ara ayat 88 – 89:

“Pada hari kiamat nanti, harta dan anak-anak tidak berguna kecuali orang-orang yang datang menemui Allah dengan hati yang sejahtera.”

Hati kita perlu ditarbiyah atau dididik sungguh-sungguh supaya menjadi:
• hati yang hidup
• hati yang sentiasa ada hubungan dengan Allah
• hati yang yakin bahawa kita akan bertemu Allah
• hati yang yakin bahawa Allah akan mengira segala amalannya
• hati yang sentiasa mengharap rahmat Allah
• hati yang takut azab Allah Subhanahu Wata’ala

Bermula dari hati ...... maka Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kita ubah apa yang ada dalam hati kita.

Ini rahsia kejayaan Madrasah Rasullulah SAW di mana Rasullulah orientasi hati para sahabat beliau dengan:
• iman kepada Allah
• iman kepada prinsip-prinsip keimanan yang lain

Ahkirnya Allah uji iman mereka maka akan lahirlah orang-orang beriman kepada Allah. Panggilan, wahai orang-orang beriman dalam al-Quran pada mulanya ditujukan kepada generasi yang mulia ini kepada hati yang beriman, hati yang hidup setelah melalui tarbiyah Rasullulah SAW.

Hati yang hidup ini apabila melihat alam ini itu adalah ciptaan Allah, bukan saja merasai bahawa semua ini dijadikan oleh Allah tetapi menBesar, mengAgong dan menDaulatkan Allah Subhanahu Wata’ala.

Firman Allah dalam surah Al Imran ayat 191:

“ Ya Allah, tidak kamu jadikan semua ini sia-sia dan percuma. Maha Suci Engkau dan lindungilah kami dari azab neraka.”

Allah mengingatkan orang-orang beriman dalam firmanNya surah Al Hadid ayat 16:

“Belumkah datang masanya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka). Janganlah mereka seperti orang-orang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanaya kemudian berlakulah masa yang panjang atas mereka , lalu hati mereka menjadi batu.”

Marilah kita memohon perlindungan Allah dari hati yang keras dan mata yang tidak pernah menitis air mata dan memohon bantuan Allah agar menjadikan kita hati yang hidup.... buat memakmurkan bumi Allah ini bagi memenangi mardhotillah.
TELAH DIFARDUKAN KE ATAS KAMU BERPUASA SEBAGAIMANA TELAH DIFARDUKAN KE ATAS UMAT-UMAT YANG TERDAHULU DARIPADA KAMU MUDAH-MUDAHAN KAMU BERTAQWA

Saidina Ali Bin Abi Thalib r.a telah memberikan kepada kita maksud taqwa dengan katanya:

1.Sentiasa merasa takut di dalam hatinya kepada Allah swt. (الخوف من الجليل)

2.Sentiasa melaksanakan arahan-arahan yang terdapat di dalam Al-Quranul Karim. (والعمل بالتنزيل)

3.Sentiasa merasa cukup dan puas/zuhud terhadap nikmat yang sedikit yang ada pada dirinya. (والقناعة بالقليل)

4.Dia sentiasa membuat persediaan untuk menghadapi hari akhirat yang bakal dilaluinya. (والاستعداد ليوم الرحيل)

Sahabat/sahibah sekelian, ibadah puasa yang ditaklif kepada orang-orang yang beriman ini adalah untuk menguji ketundukan,kepatuhan dan ketaatan kita kepada Sang Pencipta.

Jadi ,inilah madrasah ramadhan al-mubarak.Mari kita sediakan hati dan roh kita untuk menghadapi madrasah ini.

"Ibadah puasa secara tabienya difardukan ke atas ummah yang difardukan ke atas mereka taklif berjihad fi sabilillah demi memimpin umat manusia agar mereka hidup tegak di atas sistem Allah swt."
Mafhum petikan daripada Tafsir Fizilal.

Semoga kita memahami hakikat puasa yang sebenarnya sepertimana yang diajar oleh Junjungan Besar Kita Rasulullah saw. dan ditarbiyahkan oleh baginda saw kepada para sahabat radhiallahu anhum.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

0 comments:

 

the real me.. Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template