penaja bersama~

Rabu, 16 Disember 2009

Nafsu

Saya nak kongsi mengenai apa yang saya dapat hari ni. Hari ni, ditakdirkan Allah, Allah memberi peringatan kepada saya semua mengenai NAFSU. Pagi-pagi saya dah dapat mesej mengenainya, mesej tu berbunyi:


"Tiada yang aku rawati lebih sukar daripada nafsuku sendiri, satu ketika aku mengalahkannya. dan satu ketika yang lain aku dikalahkannya" (Sufyan At-Thauri)



Memang betul, ada masa kita memang dapat kalahkan nafsu kita. Bilamana iman kita naik insyaAllah nafsu juga dalam kawalan dan panduan kita, tapi malangnya bilamana iman kita kurang, nafsu yang mengawal dan pandu kita. Nauzubillah.


Sedang saya menyambung bacaan sebuah buku yang masih belum saya habis baca, saya terjumpa mengenai nafsu lagi. Wah, hari ni topik dan peringatan untuk saya mengenai nafsu nampaknya, Alhamdulillah!








Ia adalah kunci untuk kita mengekang hawa nafsu kita. Kuncinya ialah:


"Bagaimana dapat ditentang hawa nafsu, sedangkan ketika ia menyerang, ia menguasai 2/3 akal. Maka tiada jalan lain melainkan SABAR" (Imam As-Syafie)



Subhanallah, besar peranan sabar rupanya dalam kehidupan kita. Patutlah dalam Al-Quran banyak menyebut kelebihan orang bersabar. Seringkali kita diingatkan dan diberitakan Allah dalam Al-Quran "BERILAH KHABAR GEMBIRA BUAT MEREKA YANG BERSABAR", dan dalam ayat yang lain "SABAR ITU CANTIK/INDAH" dan Allah juga berjanji bahawa "ALLAH BERSAMA MEREKA YANG BERSABAR", masyaAllah bersabarkah aku dan dirimu dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ni?


Ya Allah, jauhi aku daripada pautan nafsu syaitan durjana ya Allah. Saya teruskan bacaan saya lagi, dalam ayat seterusnya menceritakan mengenai PENCINTA ALLAH, bagaimana SI PENCINTA ALLAH ITU? Apa kaitan dengan nafsu pulak?


PENCINTA ALLAH ITU IALAH: "Seorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu, tidak putus-putus mengingati Allah, berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah dengan hatinya. Apabila dia berbicara, dia berbicara dengan Allah, apabila dia berdiskusi, diskusinya tentang Allah. Dia bergerak dengan perintah Allah. Diamnya bersama bersama Allah. Maka dia dengan Allah, Untuk Allah, dan bersama Allah" (Abu Bakar al-Kattani)



Mari muhasabah diri, ada kita punyai ciri-ciri di atas? Jujurnya, saya masih bermasalah dalam mengawal nafsu, maka masih tidak layak bergelar PENCINTA ALLAH. Mengatakan sayang dan cinta amat mudah, tapi dalam membuktikan rasa sayang dan cinta itu amat payah, ditambahi lagi dengan ujian-ujian yang menimpa diri.


Ingatlah kita, NAFSU SENTIASA MENGARAH KEPADA KEMUNGKARAN! Bila nafsu kuasai diri, ini yang akan terjadi:


"Apabila hawa nafsu sudah dominan, maka hati akan gelap. Apabila hati gelap, maka dada kan menyempit. Apabila dada menyempit, maka akhlak jadi buruk. Apabila akhlak buruk, maka makhluk akan membencinya" (Abu Bakar al-Hakim al-Warraaq)



Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan kami daripada pautan nafsu syaitan durjana dan kami berlindung pada-MU daripada kejahatan nafsu kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang yang SABAR.

Custom Glitter Text

0 comments:

 

the real me.. Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template