penaja bersama~

Rabu, 4 Ogos 2010

another busy day..

1 comments


salam semua!!
well..hari2 yg dilalui semakin best!!dan sibuk!!
secara luarannya mmg la nmpk relak tp sebenarnya tak pun..hahaha
ss ok ja kat sini jgn risau ok!!!
at first mmg la agk xble menyesuaikan diri..tp lama2 ss makin ok!!kredit to my roomate n my classmate...they are so nice n sweet!!!(just like me!!..ops!!terperasan la plak!..hehe)
so,how's ur day??ss haraqp semua yg anda rancang menjadi!!
org cakap klu nak dekat cuti ni kita relaks sja..hello!!!kerja ss bertimbun!!!
assigment bi,agama,lab report,tuto..OMG!!
is that teacher wanna kill me??hurm..tp xpa..utk kebaikkan kan??
so jgn tension2 ss!!!hahaha
esok nk balik yeay!!!
well dlm sibuk2 ss terbaca new entry hasil tulisan bkas pm kita..Dr M..
baca tau!!its about Gaza..
k la sampai sini sj..
ss just nk bg tau ss dah siap smua kerja!!!kecuali lab report bio..hurm..aja aja fighting!!!
well...iznie,nfd n ummi miss to read ur blog!!!
well...sibuk la...huhuhuhu
k la adios amigos,
salam...

Custom Glitter Text

Rabu, 28 Julai 2010

the new life at kmk..

1 comments
salam..semua.
ss dahbertukar k kmk..huhrm..
life as pdt x la cbuk mcm pst..okja
tp sibuk jgak sb aa 4 subjek!!huhuhu
harapble wat yg terbaik..
well,tp byk kerja yg nk kena dbereskan..
urusan pertukaran pun nk kena wat..byk la..
beli tshirt baru..urusan pembatalan muet..
igtkan nk bli tshirt xdak masalah..then problem plak..nk kena jumpak HEP la..
akauntan la..sampai nk kena tanya opengarah matrik!!
besar sgt k isu nk bli tshirt ni..huhuhu
tp sdey la studentpdt mmg dianak tirkan..
so shabat2ku semua..brsabarlah.
k la ..ops!! terlupa..nk ucap gud luck wat shbt2 yg ambil ups hari tu!!
k la adios..
salam...

Custom Glitter Text

Isnin, 24 Mei 2010

kmp..

0 comments
salam semua!!!
ss kembali but no new pic..huhuhu
well..ss sdg meneruskan pengajian d kmp..
ok23 je kat sini tp mmg busy gla2!!!...
jotter book..report..tutorial..pse..all that membuatkan ss mmg terkejar2..
dan yg plg penting kuiz!!!sbb menyumbang markah utk final...
kat sini klu xpham mmg kena trus tanya pensyarah..mmg kena terus tanya..sbb kat sini silibus mmg cepat!!
so ss mmg bkan sengaja xnak update blog..bukan!!!tp ss mmg xckup masa!!
well ss mmg rindu korang..
n for yana..sorry sbb blog ss ni mmg xdak org sgt..huhuhu
but the most important things!!ss syg n rindu u all!!!!
k la
adios..
salam...

Custom Glitter Text

Rabu, 28 April 2010

mgu yg sdey...

9 comments
salam semua!!!

mgu ni ss sdey sgt..huhu


glitter-graphics.com
merenung nasib ss..macam mana la masa depan ss ek??

xble nk tdo..huhuhuhu


glitter-graphics.com
kan best klu ble tido mcm ni???..huhu

di depan org..
ss adalah gadis yg ceria ,kuat, tabah,positif..etc..

glitter-graphics.com
ss lebih kurang mcm ni la..tersenyum je..hehe


glitter-graphics.com
mcm ni..



tp di dalam hati..
d blakang smua org..

glitter-graphics.com


glitter-graphics.com

ss harap pelangi akn menyinari hidup ss..
yeah!! ss tgu saat itu..

glitter-graphics.com
ss akn terus menunggu..


walau bagaimanapun hidup ini ..
teruskan tersenyum!!!


demi org2 yg sygkan kita..


smoga hari yg ceria akn segera menjelma!!!


ss syg smua kwn2 ss..hehe


nah ss blanja mkan kek sbb sudi bc luahan ss..


kita jumpa lg di post akn datang ye..
k la..
adios~
salam..

glitter-graphics.com


Custom Glitter Text

Ahad, 25 April 2010

new layout!!!

4 comments
salam semua!!!!
kpd fan2 ss yg setia msti terkejut melihat perubahan blog ss..
oppps!!! ss sja nk ubah selera..hehehe
nk paparkan gambar layout yg lama pun ss xdak..so xdak la gambar2 kenangan dgn layout yg lama tu..huhuhu
tp xpa xdak gambar xbererti ss xigt..ss akan slalu igt layout lama..
ss nk ceriakan mood ss sbb taun ni asyik sdey2 sja..so dgn layout yg bru ni ss akn sdaya upaya ceria!!!! wlupun dlanda problem..(boleh k??..InsyAllah..)

jd kita enjoy!!!(semangat mcm citer putri..hahaha)



apa2 pun harap kehidupan ss lebih indah seindah pelangi..



ketika ss bercanang nk memulakan senyuman..berita sdey dtg lg..
harap maaf nma anda tidak tersenarai dlm calon layak temuduga..huhuhu
mcm terang ja hrapan nk k f6...
upu plak..xtau la dpt k x..hhuhu



k la smpai di sini sja..
adios!!
salam..


Custom Glitter Text

Jumaat, 23 April 2010

matrik oh matrik..

11 comments
salam semua!!
hari ni ss nk cerita pasal matrik..huhuhu
ss nk ucap congrate kat kwn2 ss yg dpat matrik..
smoga korang sukses slalu..
secara jujurnya bohongla klu ss x sdey sbb xdpt matrik tp..nk wat mcm mana klu itu takdirnya ss terima dgn redho..
seperti kata kwn2 ss mgkin ini yg terbaik utk ss..
ss skrang berdebar tgu result upu dan maktab..
tak tau la yg mana satu takdir ss..
harap2..smuanya berjalan lacar..amin..
walau apa pun...
kehidupan harus diteruskan..
renung2kan dan slamat beramal!!!(sorry prof izzi..curi tagline jap..hehehe)

k la adios!!
salam...


Custom Glitter Text

Selasa, 20 April 2010

kompaun JPJ naik 333%..

0 comments
About Me Myspace Comments
MyNiceProfile.com
salam semua!!!
ss harap semua brada dlm keadaan sihat sejahtera..
hari ni ss nk ckp pasal kompaun jpj..
tq kosmo utk artikel ni..
enjoy reading it!!

Kompaun JPJ naik 333 peratus

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

Kesalahan penggunaan plat kenderaan juga bakal dikenakan kompaun yang lebih tinggi selepas pindaan Akta Jabatan Pengangkutan Jalan diluluskan di Dewan Rakyat. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Para pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati selepas ini berikutan kadar kompaun maksimum kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 tidak lama lagi.

Kenaikan kira-kira 333 peratus itu berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan kelak.

Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat semalam.

Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuk menaikkan umur kelayakan memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.

k la sampai di sini sj..
adios!!
salam..


Custom Glitter Text



glitter-graphics.com

Ahad, 18 April 2010

Harapan Baling

2 comments
salam..
semua..hari ni ss nk tunjuk satu artikel ni yg dikeluarkan oleh berita harian..
tq berita harian!!!
memandangkan artikel ni berkenaan kampung halaman ss so ss nk kongsi dgn korg semua...
enjoy!!



Majoriti penduduknya penoreh getah dan petani yang dahagakan pembangunan dan kemudahan asas

UBI kayu rebus kopi O panas, pulut tabur nyior (kelapa) dan ikan pekasam goreng, cukup menyelerakan. Sesekali menjamu selera dengan makanan tradisional itu memang mengasyikkan.
Peluang berkumpul bersama penduduk Kampung Dalam Wang, Mukim Pulai, Baling Kedah memberi banyak pandangan dan idea baru pelbagai isu membawa kepada cerita politik dan ekonomi. Bukannya omong kosong kerana semua yang dibincangkan secara spontan ‘berisi’, kebetulannya, malam itu, negara kecoh dengan kemelut sebuah parti politik dan isu itu juga turut diperdebatkan.

Mereka terbuka terhadap perkembangan dunia luar dan dulunya, ramai beranggapan berada di Baling umpama tinggal di kawasan terasing daripada dunia luar. Andaian itu tidak tepat, memang Baling kawasan luar bandar, tetapi mereka tidak begitu ketinggalan.

Dulunya, Baling digambarkan sebagai daerah pedalaman mundur, miskin, kawasan hitam, kelaparan dan pelbagai isu yang sinonim kerana daerah ini pernah merakam peristiwa besar negara.

Peristiwa Rundingan Baling 1955, mogok dan tunjuk perasaan harga getah 1974 dan Peristiwa Memali 1985 menyebabkan Baling terkenal bukan kerana pembangunannya tetapi kerana sejarahnya.
Itu cerita lama, kekal sebagai sejarah negara, tetapi penulis lebih berminat dengan cerita sosio ekonomi penduduknya. Majoritinya menoreh getah, petani, hidup sara diri, memang ada yang hidup selesa, tetapi nisbahnya terlalu kecil jika dibandingkan penduduk miskin.

Bak kata rakan setugas di Baling, jika mahukan cerita politik, hal pembangunan, cerita jenayah boleh jenguk ke Pulau Pinang, jika ke Sungai Petani, banyak cerita sosial akibat kejutan budaya dan pembangunan pesat di sana.

Habis tu, apa cerita di Baling...yang ada cuma cerita kesusahan, penderitaan rakyat memerlukan bantuan, kemudahan asas, kisah rakyat menuntut pembelaan kerana mungkin ada terlepas pandang.

Bukannya pihak berwajib tidak menjalankan tugas, mungkin tercicir atau ada yang degil disebabkan perbezaan fahaman politik. Di sinilah pentingnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bertindak memastikan semuanya merasai nikmat pembangunan.

Berdasarkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling, jumlah peruntukan bantuan 2009 meningkat sebanyak RM1.5 juta berbanding RM4.5 juta sebelumnya melalui pelbagai skim bantuan kepada 2,373 penerima.

Pegawai JKM Baling, Syed Mohd Abd Ghani Syed Ali, berkata jumlah itu belum dikira permohonan baru yang belum selesai disiasat membabitkan sebanyak 4,389 kes, tidak termasuk penerima sedia ada.

Bantuan itu dikira berdasarkan purata garis kemiskinan di Semenanjung Malaysia iaitu RM720 sebulan membabitkan jumlah isi rumah seramai lima orang. Jumlah perkapita ini membabitkan semua golongan pada kadar pendapatan mereka yang bekerja kampung sebagai petani dan penoreh getah.

Antara sedar atau tidak, ketika berkumpul di rumah Pengerusi JKKK Pusat Kampung Dalam Wang, Wan Haris Che Mat atau Pak Su, penulis melihat mereka bekerja kuat menjayakan agenda kerajaan Pusat.

Sekejap datang penduduk membawa borang untuk ditandatangani dan mendapatkan sokongan. Seorang pengerusi JKKK kampung bersebelahan membawa berita gembira, katanya, Jabatan Bekalan Air (JBA) baru saja maklumkan akan memasang paip air utama.

Beberapa minit kemudian, rakan mereka menerima panggilan kontraktor memaklumkan akan memasang tiang elektrik dalam beberapa hari lagi. Semuanya melalui usaha keras JKKK bertindak, meneliti aduan dan mengemukakan permohonan.

Itu semua khabar gembira untuk penduduk, bayangkan selepas hampir setengah abad negara merdeka, masih ada yang tidak menikmati kemudahan elektrik dan air. Contohnya penduduk di Kampung Batu Lapan masih menggunakan perigi untuk mendapatkan bekalan air dan masih ada penduduk Kampung Bukit Sebelah tinggal di rumah pondok sementara menunggu masa berpindah ke rumah baru.

Ketika Baling dalam proses membangun, rakyat seharusnya bersyukur dengan kesungguhan Ahli Majlis Tertinggi Umno merangkap Penyelaras Parlimen Barisan Nasional (BN) Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim merencanakan agenda kerajaan Pusat.

Kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim juga sepatutnya memberi aspirasi baru. Mereka berusaha kuat memastikan penduduk mendapat hak melalui pelbagai skim bantuan kerajaan walaupun perubahannya secara perlahan dan berperingkat.

Teringat pula kata-kata Pak Su apabila jurugambar merakam detik kami menjamu selera ubi rebus, katanya jangan disangka orang Baling makan ubi kayu saja, itu cuma makanan ringan.


Peruntukkan JKM Baling
2009: RM6 juta kepada 2,373 penerima
2008: 4.5 juta kepada 2,200 penerima.

Peristiwa bersejarah Baling
# 28 dan 29 Disember 1955: Rundingan Baling antara Bapa Kemerdekaan Malaysia, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera Baling.
# 19 November 1974: Tunjuk perasaan akibat harga getah merudum.
# 19 November 1985: Peristiwa Memali mengorbankan 18 nyawa termasuk empat anggota keselamatan dan ramai tercedera.

k la sampai sini saja..
adios!!
salam..


Custom Glitter Text







Khamis, 15 April 2010

tingkatan 6 laluan mudah ke universiti...

5 comments
salam smua!!!
hari ni ss nk ckap pasal f6..
hmm cita psl f6 ni byk benda yg kita dgr..kbyakkannya negatif la..so..ss pun cri la maklumat..then ss jumpak artikel ni..
tq harian metro!!!

PEMBELAJARAN di tingkatan enam adalah taraf tertinggi dalam sistem pendidikan sekolah di negara kita. Pelajar yang terpilih akan mengikuti pembelajaran mereka selama dua tahun dan diakhiri dengan peperiksaan awam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Namun demikian, sudah sekian lama masyarakat mahupun di kalangan pelajar sendiri yang menganggap belajar di tingkatan enam bertaraf rendah dan membuang masa.
Pandangan negatif itu menjadi fobia kepada sesetengah pelajar dan mereka yang terpilih ke tingkatan enam seolah-olah mengalami perasaan rendah diri kerana rakan lain layak ke kolej matrikulasi, politeknik atau institusi pengajian lain. Tanggapan umum ialah pelajar tingkatan enam terdiri di kalangan mereka yang tercicir untuk ke IPTA.


Sesungguhnya persepsi itu mesti dikikis segera kerana sistem pembelajaran di tingkatan enam adalah gerbang kedua untuk ke universiti. Pendapat mengatakan peluang pelajar tingkatan enam untuk melanjutkan pelajaran ke universiti adalah tipis boleh dipersoalkan. Jika kita perhatikan syarat kelayakan ke IPTA, kita dapati syarat minimum kelayakan masuk termasuk mempunyai STPM. Di samping itu, ada beberapa kelayakan lain yang setaraf dengannya seperti sijil matrikulasi, diploma, A-Level atau kelayakan lain yang diiktiraf.


Jadi, di sini jelas menunjukkan kedudukan STPM dimiliki pelajar tingkatan enam diiktiraf kerajaan. Mungkin tanggapan negatif itu berpunca daripada kebanyakan pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran ke pusat matrikulasi. Situasi sebegini menjadi sindrom kepada pelajar yang gagal ke matrikulasi untuk menerima kemasukan ke tingkatan enam lantaran berasa malu kepada rakan. Inilah fenomena saban tahun pelajar tingkatan enam, berasa diri terpinggir dan tercicir. Di samping itu, ada sesetengah pelajar beranggapan tempoh dua tahun di tingkatan enam terlalu lama dan mereka perlu benar-benar bersedia sama ada dari segi mental dan emosi untuk menghabiskan pembelajaran. Apatah lagi belajar di tingkatan enam pelajar masih terikat dengan peraturan dan disiplin sekolah sebagaimana pelajar junior lain. Belajar dan berada di bawah satu bumbung yang sama dengan pelajar tingkatan lain meninggalkan ‘rasa terpencil’ dalam sanubari mereka. Sebenarnya keadaan berkenaan tidak timbul langsung jika pelajar menyedari mereka sebenarnya berada di gerbang universiti. Soal di mana kita belajar tidak penting. Yang perlu pelajar fikirkan bagaimana untuk merangkul kecemerlangan. Kesedaran dan komitmen menjadi tunjang dalam menjana kejayaan dalam mana-mana sistem pembelajaran. Belajar di mana-mana sebenarnya sama saja kerana tiada jalan mudah mencapai kejayaan. Memang benar kejayaan itu milik semua, tetapi yang berusaha keras saja mampu mencapainya. Jika kita meninjau prestasi pencapaian pelajar STPM setiap tahun, ia menunjukkan kualiti sangat tinggi dan sentiasa berlaku peningkatan dari segi peratusan kelulusan. Hal ini menggambarkan pelajar tingkatan enam mampu muncul cemerlang sebagaimana rakan mereka di matrikulasi, politeknik atau kolej swasta. Belajar di tingkatan enam banyak kelebihan. Antaranya pelajar akan mengikuti pembelajaran secara sistematik berdasarkan kurikulum Kementerian Pelajaran bersesuaian dengan kehendak IPTA dan IPTS. Dokongan kuat dan sentiasa di bawah bimbingan guru juga adalah faktor utama membolehkan seseorang pelajar itu mencapai kejayaan cemerlang. Hal itu tidak ada pada rakan mereka di matrikulasi atau di pusat pengajian lain kerana mereka terpaksa lebih berdikari. Tingkatan enam adalah landasan terbaik untuk seseorang pelajar ke universiti. Sebenarnya peluang pelajar tingkatan enam melanjutkan pelajaran ke universiti lebih terbuka berbanding lepasan diploma. Ini kerana lepasan matrikulasi dan diploma tidak secara automatik layak ke universiti jika mereka gagal mencapai merit dan kelulusan ditetapkan. Perlu diingatkan, pembelajaran tingkatan enam diadakan bukan untuk menampung pelajar yang gagal ke IPT, sebaliknya sistem pembelajaran tingkatan enam itu adalah wadah terbaik untuk pelajar mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran lebih luas yang bakal mereka tempuh di IPTA/IPTS. Justeru, selama dua tahun di tingkatan enam membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk merenung diri dan menilai kemampuan sebenar ke arah masa depan yang lebih cerah. Halangan dan cabaran di tingkatan enam adalah jalan mudah ke universiti. Ini kerana mereka yang memperoleh kejayaan cemerlang dalam STPM, laluan ke universiti amat mudah dan mampu menyesuaikan diri untuk mengikuti pembelajaran di universiti. Apa yang penting, pelajar harus bijak merancang pembelajaran dan mesti sentiasa bersedia dari awal. Kepahitan dan kegetiran pelajar mengharungi masa dua tahun di tingkatan enam memerlukan ketabahan dan kecekalan. Tetapi, semuanya adalah lumrah ketika belajar. Ingatlah wahai pelajar pesanan Imam Syafie yang antara lain berkata, “Ilmu itu umpama ladang, maka berbanggalah kamu dengan ilmu. Dan jangan sampai kamu kehilangan ladang kebanggaan itu. Tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya walaupun terpaksa berkorban dan menderita. Mungkin suatu hari nanti apabila engkau menghadiri suatu majlis dan engkau yang memimpinnya, maka engkau akan menjadi kebanggaan majlis itu.” Sesiapa yang tidak pernah merasakan pahit getir menuntut ilmu, meskipun sedetik, tentulah ia akan terjerumus ke dalam kejahilan seumur hidupnya. Demikianlah, betapa pengalaman getir ketika belajar adalah ubat mujarab untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Sesungguhnya sistem pembelajaran tingkatan enam masih boleh dipertingkatkan dengan lebih baik. Antaranya ialah mengadakan sistem kolej seperti pusat matrikulasi. Setiap negeri dibina satu kolej pra-U untuk menempatkan pelajar tingkatan enam. Ini tentu meninggikan imej dari segi fizikal dan mampu memantapkan emosi pelajar. Selain itu, pelajar tingkatan enam seharusnya lebih kerap dibawa melawat sambil belajar di universiti untuk memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai suasana kampus universiti.


Ini tentu merangsang minat pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh. Di samping itu, tenaga pendidik ditugaskan di tingkatan enam hendaklah dipilih daripada kalangan guru yang berpengalaman luas. Ini penting untuk meyakinkan pelajar bahawa mereka berdepan dengan tenaga pengajar berkebolehan tinggi yang sekali gus mencambah semangat meneruskan pembelajaran. Hakikatnya, semua peluang belajar seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin dan jangan memperkecilkan keupayaan diri sendiri lantaran kita gagal masuk ke pusat matrikulasi. Tiada halangan, hanya peluang. Itulah yang boleh kita katakan mengenai kelebihan pelajar di tingkatan enam. Kata penulis motivasi Alias Muda, “Setiap orang dilahirkan unik bukan saja dari segi rupa paras, tetapi juga dari segi potensi diri. Keunikan inilah yang menjadikan seseorang itu lain daripada yang lain, hebat dan istimewa.”

k la smpai di sini sja..
kpd yg nk ambik f6 tu jgn rendah dri tau!!
mcm penulis kat atas ckap..blajar kat mana tak penting..
yg penting klu bg ss la..niat tu..dan ilmu yg kita dpt tu berkat..
adios!!!
salam..


Custom Glitter Text





Sabtu, 3 April 2010

tagged by iznie tomey!!!!

4 comments
1.anda seorang yang bagaimana? kelakar? pendiam? ceria? atau banyak cakap?
-byaaaaaak ckap..
-kelakar gak la..
-sensitif sket tmbah soal prasaan..(hahaha..nseb bek xkpel..hehe)
-ska berdebat...(xcaya tanya bdk dorm aku..wakaka!!!haha..)

2.adakah anda memiliki spesial gf/bf?
-special???xdak la..yg pura2 special ada la..hahaha

3.apa ucapan anda kepada semua follower perempuan blog anda?
-tq!!!kerana anda sudi follow ss..
-tanpa anda tiadala ss di dunia blog ni..hehe

4.ucapan kepada follower lelaki?
-tq!!!
-kelu lidah utk berkata2..haha(ss kan pemalu cket...wakaka!!)

5.apakah perkara yang boleh buat anda menitiskan air mata?
-apabila org yg ss syg pergi dan tiada lg di sisi ss...wa!!!!(ss mmg xble bab2 ni...)

6.bila anda keluar bersiar-siar bagaimana penampilan anda? adakah anda akan bergaya sepenuhnya?
-jubah moden n tudung bawal...(tudung labuh???..doa2 kan la...)
-t-shirt n sluar panjg..
-bju kurung(tp jarang2 la pkai sjak msuk smkak ni...haha..)

7.anda teringin mempunyai wajah seperti siapa?
-xdak la..
-terima ja kurniaan Allah..

8.apakah mimpi paling menyeronokan dalam hidup anda?
-kembali ke msa2 skol bersama smua my bff...haha

9.mimpi paling menakutkan?
-org yg disayangi pergi..huhu(kes mimpi ni lar rahsia ss terbongkar..wa!!!!)

10.apakah perkara yang anda kesal di zaman sekolah jika anda ke zaman lampau anda ingn mengubahnya?
-of course la bg dpt straight a's
-xpindah skol kot...(tp klu xpindah xjumpak la bdk2 dorm iman..hmmm)

11.apakah perkara paling mengembirakan hati anda sepanjang 2010 ni?
-serius permulaan tahun pun asyik sdey ja..
-xtau la apa yg hepi utk taun ni..
-hepi sbb still dberi peluang oleh Allah bernafas di dunia fana ini..

12.antara form1 sampai form 5 semasa berapa di form berapa anda begitu gembira sekali?
-form 3..
-bla mgu xblek kg..makn beramai2 dgn mak ayah my bff..dpa pun mkn dgn parents ss
-bla blek kg plak..bwak bekal then makn kat pondok dkat bgunan f3..(depan tandas laki tu la..haha)
-makan ramai2 with my bff..best...

13.apa makanan kesukaan anda?
-laksa!!!..
-klu pg mkan dgn ss xyah tanya apa ss nk makan order ja laksa..klu xdak laksa bru tanya..haha

14.apakah nama anda dalam I.C anda?
-well nama ss dlm ic ek!!
-cahaya keharuman wakil kebajikan..(btol ss xtipu ni mmg nama ss..mksud nma ss..hehe)
-nor shaza shafira bt muhamad habali..(nice kan)
-sbb tu ss baik..hehe..sbb ss kan wakil kebajikan..haha

15.anda mempunyai berapa adik beradik?
-7 org..mcm bil ank nabi kita kan??
-mga jd family yg beriman..

16.dalam adik beradik anda? anda rapat dengan siapa?
-my mum..(we share a little secret..haha)

17.apakah pandangan anda tentang orang yang tag anda ni tentang blognya?
-orgnya comey..
-blognya so gurly n tomey!!!

18.siapakah orang yang anda teringin berjumpa tapi tak dapat jumpa lagi?
-all my frenz kat smkb dlu..wa!!!sdey btol..
-bdk....haha secret la..hehe..(xdak maknanya..sja ja nk menambah perkataan utk jawapan..haha)

19.anda pernah mandi sungai?>>
-semestinya!!!
-ss org kg lar..haha

20.apa ucapan anda selepas di tag menjawab 20 soalan?
-well ss nk ckap: letih lorrrr taip jawapan..haha..

Orang yang saya nak tag
-smua followers ss...klu rajin jawab..haha..

k la ,
salam,
adios!!!



Custom Glitter Text





Rabu, 31 Mac 2010

sukan PASTI daerah Baling..

1 comments
salam..
hari ni ss nk tunjuk hari sukan adik ss,adik2 ss wakil pasti dpa bertanding dgn pasti2 len dkat daerah baling..yg boy masuk bola sepak,yg gurlz masuk bola jaring..cayalah adik ss!!!

pasukan Raudhatul Falah siap sedia!!!


mimi..beratur..hehe


berarak baby..hehe


mimi dpan skali..haha


kontinjen dr smua cawangan pasti daerah baling


sbelum men tgkap gambar dulu..hehe


baby start play...chaiyo!!

k la smpai di sini sja ss bercerita ek..hehe
jumpa lg di blog akan datang..
hehe..
salam..
adios..

Custom Glitter Text




tagged from iznie...

3 comments
soalan 1 : 3 names in your message inbox.
-diana
-hawa
-iznie

soalan 2 : Your main Ringtone.
-ayat2 cinta..iznie bg..

soalan 3 : What u did at 12 last night?
-cry n pray 4 my future..

soalan 4 : Who was the last person you went out with? where?
-with family
-p baling
-makan2

soalan 5 : The colour of the T-shirt you're wearing now.
-coklat
soalan 6 : The last thing u did.
-thinking of someone..haha

soalan 7 : 3 of your everyday favorite items.
1. berus gigi
2. baju
3. seluar.

soalan 8 : The color of your bedroom.
-orange n yellow colour..haha

soalan 9 : How much money in your wallet now?
-dlm wallet xdak..tp dlm tmpat simpanan rahsia ada la dlm RM34 kot..
-tu ja duit nk topup..huhu


soalan 10 : How's life?
Okay2 je... Tapi sekarang ni giler2 boring lol! huhuhu

soalan 11 : your favorite song.
-cinta ini membunuhku
-bernafas tanpamu
-ingatlah diriku
-kisah yg xsempurna
-maybe
-dilema cinta

soalan 12 : What will you do next weekend?
-xtau la..
-xdak aktiviti..
-boring lor!!!

soalan 13 : When was the last time you saw your mum.
-just 20 minutes ago..

soalan 14 : where is she now?
-Kat dalam bilik beliau bersama daddy.

soalan 15 : when was the last time you talked to your parent?
-Tadi sebelum diorang masuk tido.

soalan 16 : Who is the last person that talked with you last night?
-my dad..

soalan 17 : where did you have dinner last night?
-Kat rumah larrrr....

soalan 18 : The last surprise you got.
-markah koko kena ubahhhh!!!!!

soalan 19 : Last thing you borrowed from your friend.
-kim2 punya novel...

soalan 20 : Who is your bf/gf or husband/wife?
-Takde orang yang nak kat aku. Hahaha

soalan 21 : what do you feel now?
-Boring...

soalan 22 : wanna share with who?
-bergantung la nk suruh share apa...haha

soalan 23 : who knows your secret?
-afiza saira
-hakimah
-both of them knows all my secret..
-iznie,aida,fatin izzati,pona,hayatun,suhailah,tikah,ummul khairun adilah...they only know who is my lover..hehe..(lover ke???..haha)


soalan 24 : they keep your secret?
-InsyaAllah...harap2 xpenah bocor..

soalan 25 : Are you angry with someone?
-no..xbest la marah2 org ni..

soalan 26 : what do you order at McD?
-burger
-mesti la air..nanti tercekik lor...

soalan 27 : The last time you felt so sad..
-skrang..huhu

soalan 28 : mahu tag?
-xdak spa lah..klu rajin nk jawab..jawab la...hehe

k la ,
sampai di sini sja,
dah hbis bayar hutang...haha
adios,
salam..

Custom Glitter Text





award..

1 comments
1. thank & link the person who gave you the award :
special thanks to :-
-iznie the cute...
2. pass this award to bloggers you've recently discovered and think are fantastic :
-iznie tomey
-nf diana
3. contact said Blogs let them know they've won the award :
-ok..beres...
4. state 7 things about yourself:
-simple
-mencintai seseorang tanpa sbrang sebab
-seorang yg memndam perasaaan
-friendly
-xramai kawan lelaki
-sensitif
-xble marah org lama2
5. state anything about the person who gave you this award :
-iznie>seorg yg komited,addicted to blog very muuuuucccchhhh,friendly..
k la,
adios,
tata titi tutu....

Custom Glitter Text

Rabu, 24 Mac 2010

dik mimi fav songs

0 comments

k la..
enjoy this video..
salam..
adios!!

Custom Glitter Text

Khamis, 18 Mac 2010

kelantan..

2 comments
salam..
kali ni ss nak kongsi pglaman ss k kelantan..
ss xnak ckap..
biarlah gambar berbicara..

masjid cina..i'm coming!!


isi bku pelawat..






bergambar kat msjid cina..kelantan








rmah ude..




lili yg cute..


alang n arwin


periuk kmi..hehe


angah tunjuk skill..


makan time!!


my plate..


zati memasak..


alang tunjuk skill..


periuk k.teh,zati n amylia..ble mkan k x??hehe





zati makan..


arwin tjuk bakat memasak..


alang n arwin..


bergambar ja keja dpa ni..


enjoy memasak..haha


best..klu hampa mai kelantan mai sini tau..


k.teh n amylia tunjuk bakat...jgn hangit sdah..haha


amylia pun nak interframe..hehe


arwin tjuk bkat memasak..hehe


slepas berjuang hmpir sejam..inilah hasilnya..haha


xlarat nak mkn daa..huhu


baby xlrat mkan dah ni..haha..so tired..


bergambar kat r&r..dan lg dpa ni..hehe
k la..
ss chow dlu..
k..
see you next blog..
adios..
salam..

Custom Glitter Text
 

the real me.. Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template